Notification

×

Iklan

Iklan

Dua beranak maut, kemalangan dua kereta

| Ogos 20, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-20T10:36:06Z
Dua beranak maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta berhampiran Felcra Dusun Panti, dekat sini hari ini. Gambar Bomba Johor

JOHOR BAHRU— Dua beranak maut dan empat lagi mangsa cedera setelah terlibat dalam kejadian kemalangan yang membabitkan dua buah kereta, berhampiran Felcra Dusun Panti, dekat sini, kira-kira pukul 10.51 pagi, hari ini.


Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Tinggi Pegawai Bomba Kanan II Ibrahim Wahid berkata mangsa yang maut menaiki kereta jenis Proton Wira, Titah Abd Ghani, 58, dan anaknya Samsiah Abdullah, 21.


Katanya, turut berada dalam kereta yang sama adalah menantunya Mohd Fahmi Aizat Mokhtar, 24, yang cedera.


“Mangsa yang menaiki Proton Saga pula dikenali sebagai Junaidah Muhmad, 48, Liqwan Shah Nasution Lindung Saputra, 26, dan Lizwan Sharel Nasution Abdullah, 18.


“Sebaik menerima laporan berkenaan kemalangan berkenaan, seramai 10 anggota bergegas ke tempat kejadian dan setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Saga dan sebuah kereta jenis Proton Wira,” katanya dalam  kenyataan, hari ini.


Ibrahim berkata, ketika pasukan PKO tiba terdapat  empat orang mangsa telah berjaya keluar daripada kenderaan, dua lagi mangsa wanita dewasa tersepit di dalam kereta Proton Wira.


Katanya, PKO bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan penyelamatan dan mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan yang berada di lokasi.


“Ke semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Tinggi menggunakan jentera EMRS serta ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), manakala mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan selanjutnya.


“Operasi ditamatkan pada pukul 12.15 tengah hari setelah semua keadaan dipastikan selamat,” katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update