Pemandu cedera langgar tiang lampu

Pemandu cedera, Kereta langgar tiang lampu, Jalan Stutong, Sarawak Update
Keadaan kenderaan selepas melanggar tiang lampu di Jalan Stutong malam tadi.

KUCHING—Seorang lelaki cedera selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan melanggar tiang lampu di Jalan Stutong di sini malam tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Bomba (PGO) Sarawak berkata, kemalangan melibatkan sebuah kereta dan hanya seorang mangsa berada dalam kenderaan tersebut.


"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu sekitar jam 10.58 malam dan mengerahkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Tabuan Jaya ke lokasi.


"Dalam kemalangan ini, mangsa cedera ringan dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambahnya, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk rawatan selanjutnya.

LihatTutupKomentar