Enam tinggal sehelai sepinggang rumah terbakar di Sibu

Rumah musnah terbakar, Lorong Tiong Hua, PGO, BBP, Sarawak Update
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran rumah di Lorong Tiong Hua 13, Sibu pagi tadi.

SIBU— Dua buah rumah musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lorong Tiong Hua 13, di sini pagi tadi.

Kebakaran melibatkan sebuah rumah yang mempunyai enam penghuni terdiri daripada empat dewasa dan dua kanak-kanak dan sebuah rumah kosong

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, mereka menerima panggilan kecemasan pada jam 7.05 pagi.

"Sejurus menerima panggilan, seramai tujuh anggota dan dua dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu dikerahkan ke lokasi bersama sebuah jentera.

Operasi pemadaman api turut dibantu lima anggota dari BBP Sungai Merah dan empat anggota Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) ," katanya dalam kenyataan hari ini.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.