Hampir 600 penguin mati di pantai Brazil

600 penguin mati, Pantai Brazil, Santa Catarina, Penguin mati, Puting beliung, PMP
Gambar hiasan kredit unsplash

SAO PAULO—Sebanyak 596 penguin ditemukan mati di Florianopolis, Santa Catarina di selatan Brazil selepas puting beliung luar tropika yang membawa angin kencang melebihi 100 kilometer (km) sejam melanda kawasan itu, menurut Projek Pemantauan Pantai Lembangan Santos (PMP) pada Sabtu.


Haiwan itu dijumpai di beberapa kawasan pantai di Florianopolis, kata pakar biologi Andre Barreto, yang juga penyelaras Santa Catarina PMP.


Puting beliung yang bergerak menghala ke selatan dan tenggara Brazil itu turut menghanyutkan beberapa spesis haiwan marin lain dan bangkai seperti camar dan penyu juga turut ditemukan sejak Selasa, katanya.


"Secara amnya, haiwan yang dijumpai selepas puting beliung adalah haiwan yang paling lemah. Penguin mengalami kesukaran untuk melarikan diri apabila berdepan ombak yang kuat, tidak seperti burung lain kerana penguin tidak boleh terbang.


“Penguin lemas akibat keadaan laut bergelora, meskipun cuba berenang ke permukaan untuk bernafas," kata pakar itu. 


Angin dengan kelajuan 100 km sejam direkodkan pada Selasa dan Jumaat di Santa Catarina, menurut agensi meteorologi tempatan Epagri.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.