Lelaki pecah masuk kedai telefon dicekup tidak sampai enam jam selepas curi telefon

Lelaki curi telefon, Lelaki di tangkap, Jalan Bengkel, Sarawak Update

SIBU-- Tidak sampai enam jam, polis berjaya menangkap seorang lelaki disyaki suspek terlibat kes pecah masuk dan mencuri di sebuah kedai telefon, Jalan Bengkel di sini pada Jumaat. 


Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, suspek lelaki tempatan berumur 23 tahun itu ditangkap sekitar jam 8 pagi oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu. 


Jelasnya, selain tangkapan, polis turut merampas beberapa telefon bimbit dipercayai hasil curi. 


"Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman sehingga 12 Ogos 2022 bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini. 


Mengulas lanjut kes itu, Zulkipli berkata, mangsa berusia 45 tahun tampil membuat laporan polis sekitar jam 2.30 pagi Jumaat selepas mendapati kedai telefonnya telah dipecah masuk. 


Jelasnya, mangsa memaklumkan kedainya telah dipecah masuk dan beberapa unit telefon bimbit telah hilang dicuri . 


Kes masih dalam siasatan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.