Terpedaya aplikasi dapat elak serangan virus, lelaki rugi RM4,299

Terpedaya aplikasi, Serangan virus, Lelaki rugi RM4,299, Ahli perniagaan, Sarawak Update

Gambar hiasan kredit Unsplash


SIBU— Padah muat turun satu aplikasi perkongsian yang dikatakan dapat mengelak telefon diserang virus, seorang ahli perniagaan mengalami kerugian RM4,299.


Mangsa berusia 38 tahun itu dikatakan telah dihubungi oleh individu yang memintanya muat turun aplikasi yang dihantar APK pada 29 Julai lalu sekitar 6.23 petang semasa dia berada di Lorong Rantau, Sibu.



Mangsa dimaklumkan bahawa aplikasi tersebut untuk mengelakkan telefon pintar mangsa daripada serangan virus.


Malah, mangsa turut diberitahu aplikasi berkenaan selamat dan percuma untuk pengguna telefon pintar.


Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa telah muat turun aplikasi berkenaan dan mengisi maklumat peribadi seperti perbankan dan juga maklumat pengenalan diri.


Setelah mengisi di dalam aplikasi tersebut mangsa menyedari wang daripada akaun peribadinya dipindahkan ke akaun pihak ketiga sebanyak dua transaksi tanpa pengetahuan mangsa.


Transaksi itu masing-masing pada 29 Julai lalu  6.29 petang yang mana wang di dalam akaun mangsa telah dipindahkan menggunakan aplikasi Duitnow berjumlah RM3,999 dan pada 6.55 petang tarikh yang sama berjumlah RM300.


Merasakan diri ditipu oleh pemanggil dan mengalami kerugian berjumlah RM4,299 mangsa tampil ke Balai Polis Sungai Merah.


Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.