Akauntan rugi RM2,391.60, duit dalam akaun bank dipindah tanpa kebenaran

Gambar hiasan kredit Unsplash

SIBU—Seorang akauntan wanita mengalami kerugian RM2,391.60 selepas wang dalam akaunnya lesap, dipindahkan tanpa kebenaran ke akaun individu tidak dikenali.


Wanita berusia 28 tahun itu menyedari wang dalam akaun banknya hilang pada 31 Julai lalu sekitar jam 11 pagi semasa dia berada di Kuala Lumpur.


Mangsa dikatakan telah menerima email mengatakan mangsa telah membuat transaksi pindahan wang ke dalam akaun sebuah bank atas nama seorang lelaki sebanyak RM1,392.80 pada jam 10.36 pagi pada 31 Julai 2022.


Setelah itu, mangsa mendapati ada lagi dua transaksi pindahan wang ke akaun bank lain iaitu pada 30 Julai 2022, jam 11.35 pagi sebanyak RM499.40 dan pada 31 Julai 2022 jam 12.11 tengah hari sebanyak RM499.40 ke dalam akaun milik seorang lelaki yang sama.


Mangsa menafikan kesemua transaksi tersebut bukan dilakukan olehnya dan dia tidak pernah menerima TAC (Transaction Authorisation Code) dan tidak mendedahkan maklumat akaun bank miliknya.


Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer 1997. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.