Lelaki kurang siuman acah-acah hayun batang kayu

Lelaki kurang siuman, Hayun batang kayu, Sarawak Update, Berita Sarawak terbaru
Tangkap layar seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang berpura-pura mahu memukul orang awam menggunakan kayu di Lanang, Sibu hari ini.

SIBU— Seorang lelaki dipercayai kurang siuman menimbulkan kekacauan dengan berpura-pura bertindak menghayun sebatang kayu kepada orang awam dan kenderaan di kawasan Lanang, dekat sini hari ini.


Borneo Network difahamkan, walaupun tiada yang cedera namun tindakan lelaki berkenaan berbahaya dan meresahkan kepada orang awam.


“Lelaki ini sering merayau-rayau dari hujung bandar ke Sungai Merah kemudian ke kawasan Lanang.


Namun sejak akhir-akhir ini, tahap ‘kurang siuman’ lelaki tersebut semakin teruk.


Dia sengaja berjalan di tengah-tengah jalan raya dan menghayunkan kayu sambil berteriak marah sehingga kenderaan terpaksa memberikan laluan,”katanya.


Sementara itu, aksi lelaki berjalan sambil menghayunkan batang kayu tersebut turut dirakam oleh penduduk tempatan yang bimbang dia mencederakan orang awam.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.