Lelaki direman menyamar Raja Muda Perak

Lelaki direman, Lelaki menyamar, Raja Muda Perak, Sarawak Update

ALOR SETAR—Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan menyamar sebagai Raja Muda Perak, Jun lepas.


Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira 5.30 petang semalam dan direman mulai hari ini hingga 21 Ogos.


Beliau berkata suspek disyaki cuba menyamar sebagai Raja Muda Perak semasa berurusan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun.


"Berdasarkan maklumat diterima polis, lelaki ini datang bersama dua wanita dengan memperkenalkan diri menggunakan satu kad berwarna kuning dan butiran tertera seperti berikut 'DYMM Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin DYTM Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria'," katanya dalam kenyataan hari ini.


Ahmad Shukri berkata bagaimanapun hasil semakan dengan Bahagian Protokol dan Istiadat Negeri Perak telah mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja negeri itu dengan nama, gelaran dan nombor kad pengenalan sedemikian. 


Beliau berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala dua wanita itu sedang dikesan polis.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.