Kerja pembaikan jalan Empangan Murum sedang giat dijalankan

Pembaikan jalan, Jalan Empangan Murum, Jalan runtuh, Sarawak Update
Kennedy Chukpai Ugon

BELAGA— Kerja-kerja pembaikan Jalan Empangan Murum yang runtuh sejak petang semalam akibat hujan lebat sedang giat dijalankan pada masa sekarang.


Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum, Kennedy Chukpai Ugon, jalan yang terjejas di kilometer 13+300 itu ditutup buat sementara waktu bagi memberikan laluan Jabatan Kerja Raya (JKR) melaksanakan kerja-kerja membaiki jalan.


“Perkembangan kerja membaiki jalan ini akan dimaklumkan dari  masa ke masa.


“Justeru orang ramai dinasihat agar menggunakan laluan ladang kelapa sawit sebagai laluan alternatif  untuk akses ke penempatan masing-masing," jelasnya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun katanya, orang awam yang menggunakan laluan alternatif itu dinasihatkan berhati-hati kerana keadaan tanah merah yang licin berikutan musim hujan sekarang.


Chukpai menasihatkan pengguna jalan agar sentiasa mematuhi papan tanda keselamatan dan pandu arah yang disediakan di sekitar kawasan tersebut.


"Pihak JKR Bahagian Kapit akan memaklumkan semula pembukaan jalan tersebut setelah kerja-kerja pembaikan selesai yang mana sebarang kesulitan amatlah dikesali," tegasnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.