Kecoh pergaduhan dua kumpulan tukang tarik kereta

Kemalangan di Jalan Stutong yang bertukar kecoh selepas dua kumpulan penarik kereta berebut pelanggan

KUCHING— Satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motosikal bertukar kecoh apabila dua kumpul penarik kenderaan bergaduh antara satu sama lain dipercayai berebut pelanggan di sini malam tadi.


Dalam kemalangan sekitar jam 10.15 malam itu di Jalan Stutong itu, dua kumpulan yang menyediakan perkhidmatan menarik kenderaan kemalangan tiba di lokasi kejadian.



Selepas itu, dua kumpulan terbabit dikatakan berebut untuk menarik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.


Pada masa yang sama, seorang pemandu yang memandu kereta mewah jenis Mercedes-Benz melihat insiden berkenaan.



Semasa pemandu kereta mewah itu asyik melihat insiden itu, keretanya dilanggar oleh pemandu kereta yang terlibat kemalangan.


Selain itu, sebuah kereta milik salah seorang kumpul penarik kenderaan yang dipakir di seberang jalan juga dilanggar oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut.


Difahamkan kedua-dua kumpulan berkenaan telah tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu.


Tiada kecederaan yang serius dilaporkan.


Kes masih dalam siasatan polis.

Next Post Previous Post