Bau busuk bongkar kematian lelaki dalam bilik

Mayat lelaki di temukan, Mayat dalam bilik sewa, Bau busuk dari bilik, Bilik sewa, Sarawak Update
Mayat lelaki ditemukan terbaring dalam bilik sewa di sebuah rumah kedai di Batu Kawa.


KUCHING—Misteri bau busuk dari bilik sewa tingkat tiga di sebuah rumah kedai di Batu Kawa terungkai selepas mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan terbaring, semalam.


Dalam kejadian sekitar 6.40 petang, seorang penyewa lain di rumah berkenaan menghubungi pihak polis selepas tercium bau busuk dari bilik sewa bersebelahan biliknya.


Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, penyewa wanita yang mengesyaki sesuatu lalu pergi ke bilik bersebelahan dan sebaik sampai di tepi pintu mendapati seorang lelaki telah terbaring dan tidak sedarkan diri.


“Semasa sampai di tempat kejadian keadaan si mati telah mengembang dan badan berwarna biru kehitaman.


Berdasarkan dokumen pengenalan yang ditemui, mayat dikenalpasti sebagai Mohd Herry Abdullah, 37, beralamat dari Kampung Sudoh Singai, Bau,” katanya dalam kenyataan semalam.


Beliau menambah, berdasarkan pemeriksaan pembantu perubatan yang hadir di lokasi, lelaki terbabit dipercayai sudah meninggal dunia kira-kira empat hari lalu.


Keterangan yang diperoleh daripada pemilik bilik sewa mendapati kali terakhir melihat lelaki tersebut ialah pada 13 Ogos sekitar 10.13 malam menerusi rakaman kamera litar tertutup yang dipasang di luar pintu masuk ke dalam bilik sewa.


Pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian juga tidak menjumpai apa-apa senjata mahupun objek tajam dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah berkenaan penemuan mayat si mati,” katanya.


Menurutnya, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan usaha mengesan waris sedang dilakukan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.