Jalan Murum Runtuh, Penduduk Terputus Hubungan Dengan Dunia Luar

Gambar BBP Belaga


BELAGA: Penduduk di kawasan Murum terputus hubungan dengan dunia luar selepas laluan di Sungai Peran runtuh pada petang semalam.


Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Belaga, Helman Main,  pihaknya menerima makluman berhubung kejadian pada jam 5 petang lalu mengarahkan dua anggotanya menjalankan pemantauan serta pemeriksaan di sekitar runtuhan.


Maklumat awal yang diterima mendapati 90 peratus laluan terbabit runtuh dan tidak dapar dilalui oleh kenderaaan.


Gambar BBP Belaga


Bagi tujuan keselamatan katanya, Jabatan Kerja Raya telah menutup laluan berkenaan untuk laluan umum sejak petang semalam sementara menunggu ianya diperbaiki.


"Setakat hari ini, kita turut dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya sedang dalam perjalanan menuju ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja membaiki laluan berkenaan," jelas beliau.


Bagi memudahkan penduduk ujarnya, mereka digalakkan untuk menggunakan laluan alternatif sementara menunggu laluan yang terjejas diperbaiki.

Next Post Previous Post