Buaya cari makan di tempat letak kereta?

Buaya cari makan, Buaya di parkir kenderaan, Taman Katak, Sarawak Update
Bomba menangkap seekor buaya di kawasan parkir kenderaan di Taman Katak. Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Orang ramai di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang 1.5 meter di kawasan parkir kenderaan di Taman Katak, Pusat Komersil Parkcity, hari ini.


Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu, Wan Kamarudin Wan Ahmad, sepasukan anggota dari BBP Bintulu dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung penemuan reptilia ganas di kawasan taman rekreasi berkenaan pada 4.09 petang.



"Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat seekor buaya tersesat masuk ke kawasan taman terbabit,"jelas beliau.


Menurut Wan, pasukan bomba menggunakan tali bagi menjerat serta mengikat buaya itu sebelum menyerahkannya kepada Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi tindakan lanjut.


Selepas keadaan didapati selamat, maka pasukan bomba bertolak balik ke balai bomba.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.