Langgar kenderaan polis, dua pencuri tayar ditahan

Kenderaan yang digunakan kedua-dua suspek dalam percubaan melarikan diri daripada polis. Gambar kredit PDRM

MIRI—Seorang lelaki bersama rakan wanitanya yang disyaki terlibat dalam kes kecurian tayar dan rim ditahan polis di Taman Tunku petang semalam, selepas kira-kira 15 minit cuba melarikan diri.


Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu, turut mengesahkan ada menerima sebanyak tiga laporan berhubung kes kecurian tayar dan rim kenderaan di sekitar bandar raya Miri.


"Suspek telah bertindak memecut walaupun telah diarahkan untuk berhenti oleh anggota polis," katanya.


Sebelum kejadian, beberapa anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Miri ketika itu sedang melakukan rondaan bagi mengesan  suspek dan telah terserempak dengan kenderaan yang dipandunya sekitar jam 5.30 petang itu.


"Sebuah kenderaan polis dan pili bomba berhampiran kawasan tersebut turut rosak akibat dilanggar suspek ketika cuba melarikan diri," kata Alexson.


Kedua-dua suspek kini sedang ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan kerana mencuri komponen kenderaan.

Next Post Previous Post