Notification

×

Iklan

Iklan

Atlet Muay Thai Thailand meninggal dunia selepas pukulan knockout

| Ogos 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-15T00:10:56Z
Mangsa tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang peninju dari Malaysia. Gambar kredit Polis


KOTA BHARU—Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di sini, meninggal dunia akibat pendarahan otak semalam (Sabtu).


Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata Kittichai Chaengkhao, 28, yang berasal dari Chumpong tidak sedarkan diri selepas menerima pukulan ‘knockout’ dalam satu perlawanan menentang petinju Malaysia berusia 29 tahun daripada Kelab Red Army Kuala Lumpur pada Jumaat.


"Mangsa yang tidak sedarkan diri telah dibawa ke Klinik Kesihatan Badang kira-kira pukul 1 pagi semalam (Sabtu), namun, mangsa kemudiannya dikejarkan ke unit kecemasan HRPZ II (Hospital Raja Perempuan Zainab II) dan meninggal dunia pada pukul 10.57 pagi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini hari ini.


Muhamad Zaki berkata mayat Kittichai telah dibawa ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang untuk diserahkan kepada waris pada pukul 8 malam hari yang sama.


"Polis juga telah mengambil keterangan daripada pihak penganjur berhubung kes tersebut dan mendapati pihak terbabit mempunyai permit untuk menganjurkan kejohanan Muay Thai itu," katanya.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update