Notification

×

Iklan

Iklan

Kuching City benam Projek FAM-MSN 3-0

| Ogos 15, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-08-14T23:54:01Z
Gambar kredit Kuching City Fc

KUALA LUMPUR-- Kuching City FC menambah derita pasukan tercorot Liga Premier, Projek FAM-MSN apabila mengalahkan pasukan itu 3-0 pada aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, malam ini. 


Anak buah Irfan Bakti bermula garang pada awal permainan apabila terus mengasak benteng pertahanan pihak lawan sehingga penyerang import  kelahiran Brazil, Gabryel Monteiro De Andrade meledak gol mudah di hadapan gawang pada minit ke-20. 


Turun dengan formasi 4-4-2 di hadapan penyokong pihak lawan, Kuching City FC terus melancarkan beberapa serangan padu kepada anak buah Razip Ismail dan berjaya menambah jaringan menerusi tandukan tajam pemain tengah Amir Amri Salleh pada  minit ke-49. 


Usaha skuad projek FAM-MSN untuk menyekat kemaraan ternyata sia-sia apabila anak buah Irfan Bakti meneruskan rentak cemerlang dan berjaya menambah gol ketiga menerusi sepakan leret pemain pertahanan, Yuki Tanigawa pada minit ke-55 susulan sepakan percuma. 


Dengan kemenangan itu Kuching City FC memperoleh 24 mata kekal di tangga keempat, 11 mata di belakang pendahulu Kelantan FC, manakala skuad projek FAM-MSN gagal mencipta kemenangan dalam 14 perlawanan liga setakat ini.


-- BERNAMA 

×
Berita Terbaru Update