3 cedera, Perodua Alza terbalik kemalangan kendiri
![]() |
Keadaan Perodua Alza terbabit dalam kemalangan kendiri di Sibu pagi tadi. |
SIBU—Tiga cedera selepas Perodua Alza dinaiki kemalangan kendiri lalu terbalik di jalan menuju Jalan Lapangan Terbang Sibu, di sini, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Jaya bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 7.51 pagi.”
“Tiga penumpang yang tersepit mengalami kecederaan di bahagian bahu, dada, muka dan tangan.
Pemandu Perodua Alza itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dan berjaya keluar dengan bantuan orang awam," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pasukan bomba melakukan penyelamatan menggunakan peralatan khas iaitu rescue tools dan stretcher.
"Kesemua mangsa berada dalam keadaan sedar dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut," ujarnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.