2 cedera kemalangan di Bintangor
![]() |
Anggota APM membantu megeluarkan salah seorang mangsa yang tersepit dalam kemalangan di Bintangor hari ini. Gambar APM |
SARIKEI— Dua cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Simpang Lot Kampung 1 Malaysia, Bintangor di sini petang tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei, Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, Skuad Bravo dengan kekuatan lima angota bersama sebuah ambulans bergegas ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada 2.33 petang.
“Tiba di lokasi, anggota terus membuat pemeriksaan awal terhadap mangsa kemalangan.
Mangsa pertama iaitu lelaki, 72, tersepit dalam kereta dan mengalami sakit di bahgian paha manakala mangsa kedua perempuan,49, cedera di bahagian lutut,” katanya.
Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.