Tujuh rumah terbakar, 46 tinggal sehelai sepinggang di Kampung Sebiew

Tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Sebiew, Jalan Masjid di Bintulu awal pagi tadi. Gambar BBP Bintulu

BINTULU—Seramai 46 penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh buah rumah di Kampung Sebiew, Jalan Masjid musnah terbakar awal pagi tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu memberitahu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu bergegas ke lokasi kebakaran sejurus menerima panggilan kecemasan pada 4.01 pagi.



Katanya, sebaik tiba di lokasi api sedang marak memusnahkan semua rumah jenis tidak kekal yang terletak berhampiran sungai itu.


“Pasukan bomba menggunakan satu aliran,  dua nozel 200 kaki bagi memadamkan kebakaran yang berlaku.


Mujurlah kebakaran yang berlaku tidak mendatangkan kecederaan atau kemalangan jiwa,” katanya dalam kenyataan.


Menurutnya, kerja-kerja pemadaman dilakukan sehingga 6 pagi bagi menggelakkan kebakaran merebak ke kediaman lain.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.