Haiwan bising beri isyarat nampak ular sawa sebesar paha

Ular sawa batik dianggarkan sepanjang empat meter ditemui dekat rumah di Kampung Abdul Rahman, Lambir malam tadi. Gambar APM Miri

MIRI—Bunyi bising haiwan peliharaan beri isyarat kehadiran seekor ular sawa batik dekat sebuah rumah di Kampung Abdul Rahman, Lambir kira-kira jam 9.32 malam tadi.


Pemilik rumah iaitu seorang wanita berusia 36 tahun, ketika berada di dalam rumah dia dikejutkan oleh bunyi bising haiwan peliharaan.


Menyedari sesuatu yang tidak kena berlaku, maka dia memberanikan diri keluar rumah dan memeriksa sekitar perkarangan kediamannya.



Wanita terbabit terkejut setelah terpandang seekor ular sawa bersaiz sebesar saiz paha orang dewasa berada di bahu jalan berhampiran kediamannya.


Bimbang akan keselamatan keluarganya, maka wanita berkenaan bertindak menghubungi talian kecemasan 999 bagi meminta bantuan menangkap reptilia eksotik itu.


Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri berkata, Skuad Alpha terus di kerah ke lokasi selepas menerima panggilan daripada pengadu.


“Skuad Alpha bertindak menangkap ular kira-kira empat meter menggunakan peralatan khas lalu menyimpannya dalam kantung khas yang disediakan.


Sejurus itu, ular sawa terbabit dibawa ke PKOD Miri sebelum dilepaskan semula ke habitat asalnya di hutan yang jauh dari penempatan manusia.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.