Penunggang dan pembonceng maut, motosikal dilanggar 4WD

Kedua-dua mangsa maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan anggota badan. Gambar PDRM Tatau

TATAU—Dua rakan kerja maut selepas motosikal yang dinaiki kedua-duanya dilanggar sebuah pacuan empat roda (4WD) dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 1, Jalan Tatau-Bintulu petang Khamis.


Menurut Ketua Polis Daerah Tatau, DSP Jame Reis berkata, dalam insiden yang berlaku sekitar jam 5.45 itu, mangsa maut dikenali sebagai Wedisly Duhanis, 31, berasal dari Kota Belud Sabah manakala rakan kerjanya dikenali sebagai Leonardo Yusop, 37, berasal dari Sandakan Sabah.



"Kedua-dua mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala," ujarnya.


Pemandu Toyota Hilux terbabit yang merupakan lelaki warga emas berusia 68 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.


Hasil siasatan awal yang dijalankan katanya mendapati semasa kejadian, motosikal dinaiki kedua mangsa dikatakan sedang bergerak dari arah tempat kerja menuju ke  Pasar Tatau.


Sampai di satu laluan ujarnya, motosikal terbabit cuba untuk memotong sebuah kenderaan di hadapan, namun terjatuh dan terseret ke lorong bertentangan lalu dilanggar 4WD terbabit.


Mayat kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi tujuan bedah siasat.


Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.