Tiga kereta musnah terbakar di Batu Biah

Tiga kereta musnah Kereta terbakar, Batu Biah, Sarawak Update
Anggota bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran sebuah garaj kereta di Batu Biah malam tadi. Gambar Kredit BBP LImbang 

LIMBANG— Tiga buah kereta yang diparkir dalam sebuah garaj di taman perumahan Batu Biah dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.


Ketua Zon 7 Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal, berkata sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Limbang) bergegas ke lokasi yang jauhnya dua kilometer sebaik saja menerima maklumat pada 10.38 malam.



“Setiba di lokasi pasukan mendapati api sedang marak membakar kenderaan di dalam garaj tersebut.


Operasi memadam bermula 10.42 malam dan ditamatkan 11.15 malam. 


Semakan mendapati tiga kenderaan iaitu Proton Waja, Toyota Innova dan Toyota Corolla yang dianggarkan bernilai RM50,000 musnah sama sekali,” katanya kepada Borneo Network hari ini.



Beliau menambah, anggaran jarak garaj dari rumah kediaman adalah sejauh 10 meter dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Mohd Hazmin berkata, setakat ini pemilik kenderaan masih belum diketahui.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.