Padah bawa diesel tanpa permit

Diesel, Pemandu lori tanker, KPDNHEP, Sarawak Update
ACP Zulkifli Suhaili

SIBU— Tiindakan seorang pemandu lori tanker membawa muatan diesel tanpa sebarang permit daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membawa padah apabila ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Sibu di tepi Jalan Chin Hua, pagi semalam.


Dalam kejadian 9 pagi itu, pemandu lelaki tempatan itu didapati membawa kira-kira 6,000 liter diesel bersubsidi.


Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari PPM Wilayah 5 Sibu yang sedang menjalankan Op Kontraban di tepi jalan telah menahan suspek.


“Berdasarkan pengakuan lisan pemandu, lori tanker Hino tersebut membawa muatan minyak diesel kira-kira 6,000 liter.


Pemeriksaan lanjut juga mendapati tangki minyak asal lori telah diubah suai dan minyak tersebut dipercayai diperolehi dengan cara tidak sah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau menambah, nilai rampasan termasuk kenderaan yang digunakan bernilai RM82,900.


Zulkipli berkata, rampasan diserahkan kepada KPDNHEP Cawangan Sibu untuk siasatan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.