Seminggu tidak balik rumah, OKU dikhuatiri hilang


BELAGA--Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) dikhuatiri hilang selepas tidak balik ke rumah di Uma Kulit Long Mitik, di sini, sejak seminggu lalu.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga telah dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada 11.30 pagi semalam.



"Menurut ayah mangsa, Lebung Belawing, anaknya Balan Lebung, 49, telah keluar dari rumah pada 29 Jun 2022. 


"Sehingga kini, anaknya tidak pulang ke rumah. Ahli keluarga yang bimbang akan keselamatan dan kesihatan kemudian melapor kehilangan mangsa kepada pihak polis bagi mendapat bantuan.


"Dalam operasi mencari dan menyelamat(SAR) hari ini pasukan bomba membuat pencarian di jalan belakang Uma Bawang dan melakukan pencarian di tepi-tepi jalan menuju ke Uma Kulit," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, pasukan bomba mengumpul maklumat tambahan di Uma Kulit dan Uma Badeng. 


"Seterusnya pasukan bomba bergerak ke Anding untuk tindakan lanjut,  jam 3.45 petang pasukan bomba bergerak balik ke balai.


"Operasi ditangguhkan pada jam 5 petang dan operasi akan disambung esok," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.