Notification

×

Iklan

Iklan

Rumah terbakar di Jalan Sibu-Sarikei

| Julai 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-29T07:02:56Z


SIBU--Sebuah rumah terbakar berhampiran bulatan Paradom Jalan Sibu-Sarikei, di sini, tengah hari tadi.


Komander Operasi, PKPgB Suna Kaha berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 12.14 tengah hari dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Sibu Central ke lokasi kejadian.



"Kebakaran melibatkan sebuah bangunan rumah kediaman jenis kekal satu tingkat berkembar telah terbakar anggaran 40 peratus.


"Kebakaran memusnahkan bahagian siling dan bumbung," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya,kaedah teknik pemadaman adalah secara “offensive” dengan membentang hos dan nozel pam sumber air dari air terbuka.



"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.53 tengah hari dan pasukan pemadam menjalankan kerja-kerja “cooling” dan 'ventalation' pada kawasan yang telah terjejas," katanya.


Katanya, kebakaran itu tidak melibatkan sebarang kecederaan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

×
Berita Terbaru Update