-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Tahan azab kaki tercucuk dawai besi

| Julai 29, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-29T06:30:58Z
Gambar Bomba

LIMBANG--Seorang lelaki terpaksa menahan azab kesakitan lebih 15 minit selepas kakinya tercucuk dawai besi sebelum dikejarkan ke Hospital Limbang untuk mendapatkan rawatan malam tadi.


Bagaimanapun doktor yang merawat pesakit itu terpaksa meminta khidmat bantuan bomba bagi memotong besi dawai yang tercucuk di kaki pesakit itu.


Gambar Bomba


Ketua Bomba Zon Tujuh  Limbang Awangku Mohd Hazmin Awang Zainal berkata sepasukan anggota bergegas ke Hospital Limbang sebaik menerima panggilan jam 8.40 malam.


"Sebaik tiba di lokasi pihak hospital memaklumkan untuk bantuan memotong besi dawai yang tercucuk di kaki pesakit.


Gambar Bomba


"Pasukan operasi bertindak memotong lebihan dawai tersebut menggunakan pemotong hidraulik dengan di bantu pihak hospital,”katanya kepada Borneo Network hari ini.



Mohd Hazmin berkata operasi memotong dawai besi dikaki pesakit mengambil masa kira-kira 13 minit dan setelah keadaan selamat anggotanya bertolak balik ke balai jam 8.57 malam.

×
Berita Terbaru Update