Rokok, minuman keras tidak bercukai bernilai RM 84,372 dirampas

Rokok, minuman keras dirampas, 55,000 batang rokok, 2,058.48 liter minuman, Sarawak Update

KUCHING--Polis merampas 55,000 batang rokok  dan 2,058.48 liter minuman keras  pelbagai jenama disyaki tidak bercukai di kawasan Demak Laut, di sini petang semalam.


Rampasan dilakukan Cawangan D9 Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis  Daerah (IPD) Kuching dalam operasi Kontraband jam 3.30 petang itu dianggarkan berjumlah RM 84,372.



Ketua Polis Daerah Kuching,ACP Ahsmon Bajah berkata, pihaknya turut berjaya menangkap suspek lelaki remaja berusia 19 tahun.


"Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini untuk permohonan reman," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.


"Operasi akan diadakan secara berterusan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan yang mendatangkan kerugian kepada ekonomi negara," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.