Kerajaan belanja RM86.7 bilion pada suku pertama

Kerajaan belanja, RM86.7 bilion, Berita Malaysia

KUALA LUMPUR—Perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berjumlah RM86.7 bilion pada suku pertama 2022, demikian menurut Kementerian Kewangan.


“Sebahagian besar perbelanjaan adalah untuk menampung bayaran emolumen (RM22 bilion), bayaran khidmat hutang (RM9.1 bilion) dan bayaran persaraan (RM8.4 bilion).


“Selain itu, sebanyak RM11.5 bilion telah dibelanjakan bagi tujuan subsidi, bantuan dan insentif termasuk subsidi petrol, diesel dan gas cecair memasak serta bayaran Bantuan Keluarga Malaysia fasa 1,” kata kementerian itu dalam jawapan bertulis di Parlimen di sini.


Ia adalah bagi menjawab soalan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH-Kulim-Bandar Bharu) mengenai keupayaan semasa kewangan kerajaan menunaikan komitmen pembayaran hutang, tanggungan subsidi dan pembayaran emolumen dan pencen.


Beliau juga ingin tahu nilai keseluruhan komitmen tanggungan subsidi, emolumen dan pencen serta bayaran hutang setakat suku pertama tahun 2022.


Menurut Kementerian Kewangan, pembayaran hutang, bayaran persaraan dan emolumen merupakan komponen perbelanjaan yang diberi keutamaan terlebih dahulu (locked-in) berbanding komponen perbelanjaan yang lain.


Sehubungan itu, kerajaan sentiasa memastikan agar kedudukan kewangan kerajaan adalah kukuh bagi memastikan keupayaan untuk membayar komitmen tersebut, jelasnya.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.