Projek bulatan Kota Samarahan bukan tanggungjawab KKR, Fadillah

Projek bulatan, Kota Samarahan, Fadillah Yusof, Projek Lebuh Raya, Pan Borneo, Jejambat Batu 6, Sarawak Update

Jejambat Batu 6 dibuka sepenuhnya hari ini


KUCHING—Projek Lebuh Raya Pan Borneo yang di bawah kerajaan pusat keseluruhannya setakat ini sudah disiapkan sehingga 85 peratus.


Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Sri Fadillah Yusof berkat antara terkini disiapkan mereka ialah projek jejambat di Batu 6 di sini yang telah dibuka empat lorongnya kepada lalulintas kenderaan mulai hari ini.


"Lebuh Raya Pan Borneo keseluruhannya sudah 85 peratus (siap). Hari ini untuk di Kuching Jejambat Batu 6 kita dah buka semua empat lorong, maknanya di Kuching hampir semua jejambat  (dalam projek Lebuh Raya Pan Borneo) sudah boleh dilalui," katanya selepas Majlis Penangguhan Festival Maal Hijrah 1444H/2022M di Masjid Jamek Negeri Sarawak, Petra Jaya, di sini, hari ini.



Fadillah bagaimanapun menafikan projek berkaitan bulatan di Kota Samarahan adalah di bawah Kementerian Kerja Raya  dan menjelaskan projek terbabit di bawah Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan (MIPD) Sarawak.


"Itu di bawah kerajaan negeri, bukan di bawah saya, tanya (Timbalan Premier dan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak) Datuk Amar Douglas Uggah Embas,"tambahnya.


Sementara itu Fadillah berkata, Jejambat Batu 6 dibuka sepenuhnya hari ini seperti dijanjikan.


Katanya, jejambat dua lorong itu merupakan projek di bawah Seksyen Kuching-Serian WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sarawak.



"Alhamdulillah untuk makluman orang ramai Jejambat Batu 6, Seksyen Kuching-Serian WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sudah dibuka kepada orang ramai.


"Kedua-dua lorong di Jejambat Batu 6 Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) WPC02 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sudah dibuka sepenuhnya dari kedua-dua arah (Kuching-Serian dan Serian-Kuching)," katanya dalam Facebook rasminya hari ini. 


Sehubungan itu, Fadillah mengingatkan orang ramai terutamanya pengguna jalan raya berhati-hati ketika memandu di laluan tersebut. 


"Pandulah dengan berhati-hati. Ikut had laju dan peraturan ditetapkan," ujarnya. 


Sementara itu, Unit LPB Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi Facebook rasmi memaklumkan Jejambat Batu 6, Seksyen Kuching-Serian Road WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo telah dibuka kepada orang awam. 


"Untuk makluman, kedua-dua lorong di jejambat Batu 6 Seksyen Kuching-Serian Road (KSR) WPC02 projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kini telah dibuka sepenuhnya dari kedua-dua arah (Kuching-Serian dan Serian-Kuching) kepada orang awam pagi ini. 


"Namun, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui jejambat berkenaan khasnya untuk mematuhi had laju yang telah ditetapkan," kata kenyataan itu. 


Tambahnya, orang ramai juga diingatkan untuk mematuhi tanda trafik yang telah disediakan.


Selain Jejambat Batu 6, Jejambat Batu 7 juga telah dibuka sepenuhnya pada 25 Julai lalu kepada orang ramai.


Sementara itu, Jejambat Batu 10 telah dibuka sepenuhnya pada Mei lalu.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.