Permohonan Jugah sertai PRS masih dalam perhatian

Permohonan Ahli Parlimen, Lubok Antu, PRS, PRS Andy Lawrence, Sarawak Update

KUCHING—Permohonan Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang untuk menyertai Parti Rakyat Sarawak (PRS) masih dalam perhatian, kata Timbalan Ketua Penerangan PRS Andy Lawrence. 


Andy menambah, permohonan Jugah yang diserahkan melalui Ibu Pejabat PRS akan diputuskan oleh Ahli Majlis Tertinggi (AMT) parti.


“Setakat ini kita menunggu keputusan daripada AMT. 


Perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat dan perlu mendapat sokongan sebulat suara,” kata Andy yang merupakan salah seorang AMT parti.


Semalam, Jugah menerusi laporan The Borneo Post dipetik berkata, beliau telah mendapat restu daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyertai PRS. 


Katanya, tidak ada masalah berhubung dengan permohonannya menyertai parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu. 


Tambahnya, beliau masih menunggu keputusan berhubung permohonan keahliannya daripada Ahli-ahli Majlis Tertinggi PRS. 


“Premier sudah merestui dan seharusnya tiada masalah. 


Malah kata Jugah, beberapa bulan lalu beliau spernah dipelawa oleh jawatankuasa pemilihan PRS untuk menyertai parti itu.


Jugah sebelum ini mendedahkan bahawa beliau telah menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PRS pada Februari lalu. 


Beliau memberitahu pernah dipelawa Parti Bangsa Malaysia (PBM) untuk menyertai parti itu tetapi tidak menerimanya kerana mahu berjuang bersama GPS. 


Untuk rekod, Jugah menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sebagai calon bebas dan menyertai PKR sebelum keluar daripada parti tersebut pada Jun 2020 bagi menyokong kerajaan Perikatan Nasional. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.