Notification

×

Iklan

Iklan

Pelabuhan Tanjung Embang dalam peringkat kajian

| Julai 28, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-28T05:06:26Z
Abang Johari menyaksikan majlis MOU antara sebuah syarikat swasta dari Sarawak, Hubline Bhd dan Pelabuhan Antwerp-Bruges di Belgium, semalam. Gambar Sarawakku

KUCHING—Kerajaan negeri Sarawak sedang membuat kajian untuk membina sebuah pelabuhan laut dalam baharu iaitu Pelabuhan Tanjung Embang di muara Sungai Sarawak di kawasan  selatan negeri itu.


Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam kenyataan hari ini, berkata keputusan itu dibuat susulan termeterainya Memorandum Persefahaman (MOU) antara sebuah syarikat swasta dari Sarawak, Hubline Bhd dan Pelabuhan Antwerp-Bruges di Belgium, semalam.


Dalam ucapannya sempena majlis itu, Abang Johari, berkata penerapan inovasi terkini dalam pengurusan dan perkhidmatan pelabuhan itu akan memberi kelebihan sebagai sebuah pelabuhan cekap dengan kos murah.


“Jika semuanya (inovasi dan teknologi) sudah ada, para pelabur sudah ada keyakinan, saya yakin pelabuhan ini nanti akan mempunyai kelebihan untuk berkembang maju,” katanya.


Pelabuhan Antwerp merupakan pelabuhan kontena antarabangsa kedua terbesar di Eropah dan ke-14 di peringkat dunia sementara Hubline adalah syarikat tempatan yang terlibat dalam perkhidmatan logistik perkapalan secara pukal.


Abang Johari berkata pada awal bulan ini, beliau berada di Singapura untuk menghadiri taklimat oleh pakar runding mengenai impak sosioekonomi projek tersebut yang melibatkan kawasan seluas 109 kilometer persegi.


Katanya, keseluruhan semenanjung Tanjung Embang akan dibangunkan oleh Kumpulan ASSAR, sebuah syarikat induk pelaburan milik penuh kerajaan negeri Sarawak.


Sementara itu, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Datuk Dr Muhammad Abdullah Zaidel, berkata pelabuhan itu merupakan salah satu daripada dua pelabuhan laut dalam yang akan dibangunkan di bawah Pelan Strategik Pasca COVID-19 (PCDS 2030).


Katanya, sebuah lagi pelabuhan akan dibangunankan di kawasan utara Sarawak sebagai sebahagian daripada program untuk memulih dan memangkin pertumbuhan ekonomi Sarawak pasca COVID-19.


 - - BERNAMA 

×
Berita Terbaru Update