Lelaki maut, kereta terbabas rempuh pokok

Pemandu berusia 46 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian di Jalan Johari Sunam, hari ini. Gambar BSPTD Bintulu

BINTULU—Seorang lelaki menemui maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok tepi jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di Jalan Johari Sunam pada jam 7.05 pagi tadi.


Menurut Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit, mangsa yang dikenali sebagai Po Ah Ho, 46, yang memandu kereta model Perodua Alza disahkan maut oleh pegawai perubatan yang menjalankan pemeriksaan ke atas mangsa.



Katanya, siasatan awal yang dijalankan mendapati semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang memandu dari arah pusat bandar menuju ke kediamannya di Taman Golden Villa.


"Sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke tengah pembahagi jalan dan melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan," ujarnya


Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada PDRM sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital bagi bedah siasat.


Kes ini akan disiasat di bawah Sekyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


Saksi kejadian yang ternampak kemalangan boleh tampil dan menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Lydia Allan di talian 010-9007791.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.