Hilang dari rumah, warga emas ditemui selamat

Gambar kredit Bomba

BATU NIAH—Seorang warga emas ditemui dalam keadaan lemah dan selamat tanpa sebarang kecederaan selepas sehari hilang dari rumah Edward Sungai Suai Telong, di sini, semalam.


Mangsa Rubat ak Naning,60, dijumpai pekerja ladang SOP Plantation pada jam 3.06 petang iaitu dua kilometer dari jarak mangsa dilapor hilang. 



Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.48 tengah hari ini  dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah ke lokasi kejadian.


"Mangsa dilaporkan keluar rumah pada jam 9 pagi semalam dan kehilangannya dilaporkan sepupunya kepada Balai Polis Batu Niah.


"Setelah mendapatkan maklumat daripada saksi kejadian pasukan operasi terus membuat pencarian bersama penduduk kampung dan pasukan PDRM," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, pencarian dibuat dalam radius tiga kilometer menggunakan kaedah base line method secara berjalan kaki dan juga menggunakan kenderaan. 


"Semasa membuat pencarian pasukan operasi dimaklumkan bahawa mangsa telah dijumpai.


"Mangsa juga dibawa oleh pekerja ladang balik ke kediaman beliau iaitu di rumah panjang Edward," ujarnya.


Katanya,pasukan operasi terus ke kediaman beliau untuk mengesahkan keadaan beliau.


Operasi SAR ditamatkan  sepenuhnya pada jam 4 petang.

Next Post Previous Post