Lebah mahu masuk pub dimusnahkan

Gambar APM Miri

MIRI—Seorang pekerja di sebuah pub karaoke di Jalan Miri Pujut nyaris disengat oleh sekumpulan lebah yang bersarang di tepi pusat hiburan berkenaan, hari ini.


Atas faktor  keselamatan, beliau yang berusia 46 tahun bertindak menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Miri  bagi menjalankan khidmat khas memusnahkan sarang serangga berbisa itu.


Agensi Pertahanan Awam (APM) dalam kenyataannya hari ini berkata, sepasukan Skuad Bravo seramai lima anggota yang diketuai Sarjan (PA) Iswandi Sawal bergerak ke lokasi dinyatakan.


"Sampai di lokasi dinyatakan, Skuad Bravo mendapati sememangnya terdapat sarang sejenis lebah berada di bahagian tepi dinding luar banggunan tingkat tiga pusat hiburan terbabit," jelas beliau.


Skuad Bravo  kemudiannya bertindak memusnahkan sarang lebah yang bersaiz sebesar tayar 4WD Toyota Hilux itu dengan menggubakan teknik semburan dan bakar menggunakan ridsect.


Setelah selesai tugas membunuh dan membakar sarang lebah terbabit, Skuad Bravo kemudiannya bergerak balik semula ke PKOD Miri.

Next Post Previous Post