Kes bunuh wanita, polis masih siasat motif pembunuhan

Gambar hiasan 


MUKAH—Pihak polis masih melakukan siasatan motif kes pembunuhan seorang wanita di pusat peranginan di sini, Ahad lalu.


Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias berkata, setakat ini belum ada pengakuan daripada suspek berusia 52 tahun yang ditangkap berhubung kes itu.


"Bedah siasat bagi mengetahui punca kematian dilakukan hari ini," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari mulai semalam.


Dalam kejadian jam 12.35 tengah hari Ahad lalu, seorang wanita tempatan meninggal dunia di dalam satu bilik di sebuah tempat peranginan.


Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Mukah bergegas pergi ke tempat kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu.


Hasil siasatan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati ada kesan cedera dalaman di bahagian leher dan pinggang sebelah kiri.


Mangsa merupakan seorang ibu tunggal berumur 44 tahun, mempunyai dua orang anak yang beralamat di sibu. 


Mangsa mendaftar masuk ke tempat peranginan berkenaan bersama anak-anaknya sehari sebelum kejadian.


Suspek merupakan individu yang terakhir dilihat berjumpa dengan mangsa.


Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.