Kereta terbabas, pemandu tidak alami kecederaan

Kereta terbabas, Pemandu tidak cedera, Kereta Proton Preve, Kemalangan, Sarawak Update

KOTA SAMARAHAN--Seorang lelaki bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan selepas kereta Proton Preve dipandu terbabas ke tebing jalan simpang keluar arah bulatan Pusat Jantung Samarahan, di sini awal pagi tadi.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 3.32 pagi dengan menggerakkan Balai Bomba dan Penyelamat(BBP) Kota Samarahan ke lokasi kejadian.


"Mangsa berjaya keluar dari kenderaan serta tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya,tiada tindakan operasi menyelamat dilakukan oleh anggota.


"Selepas memastikan mangsa dalam keadaan selamat anggota berangkat balik kebalai pada jam 4.05 pagi," ujarnya.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.