Kantoi jual loteri haram


BAU--Padah menjalankan aktiviti menjual loteri haram, seorang lelaki diberkas di kaki Lima kedai makan Jalan Datuk Salau, di sini petang semalam.


Tangkapan terhadap suspek berusia 58 tahun dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah(BSJD), Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Bau dalam Op Dadu jam 2.45 petang.



Ketua Polis Daerah Bau,DSP Poge Nyaon berkata,pihaknya turut merampas seunit telefon pintar jenama Iphone dan sekeping simcard XOX Mobile.


"Semakan rekod mendapati suspek tidak mempunyai kesalahan lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.



Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih daripada RM 200,000 atau hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun penjara jika sabit kesalahan.

Next Post Previous Post