Jejambat Batu 6 dibuka jam 5 petang ini

Jejambat Batu 6, Kota Sentosa, Batu 10, Lalu lintas, Unit Lebuhraya, Pan Borneo, JKR, Sarawak Update


KUCHING-- Keperitan rakyat terutamanya penduduk di sekitar Kota Sentosa dan Batu 10 dalam berhadapan cabaran kesesakan lalu lintas di laluan Batu 6 bakal berakhir apabila Jejambat Batu 6 dijangka dibuka jam 6 petang ini. 


Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, pihak kontraktor sedang giat melakukan kerja-kerja penyiapan Jejambat Batu 6, Seksyen KSR WPC02 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak. 



"Untuk makluman, laluan (lorong memotong) dari arah kedua-dua arah (Kuching-Serian -Kuching) Jejambat Batu 6 akan dibuka kepada umum bermula jam 5 petang ini (15 Julai 2022)," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya hari ini. 



Namun, katanya, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu berhati-hati ketika melalui kawasan yang masih lagi dalam pembinaan. 



"Patuhi tanda trafik yang telah disediakan," ujarnya. 


Sebelum ini, pelaksanaan projek jejambat itu mengalami gangguan berikutan kekurangan bekalan bitumen pada akhir Jun hingga awal Julai lalu. 



Bagaimanapun, pihak kontraktor projek Jejambat Batu 6 dan Batu 7 mengakui stok bitumen yang dibekalkan daripada pembekal di sini telah kembali pulih.



Jurucakap kontraktor berkenaan berkata, gangguan bekalan bitumen itu hanya sementara yang berlaku hujung Jun hingga awal Julai.



Bagaimanapun jelasnya, stok bekalan bitumen itu telah kembali pulih seperti biasa.


Sehubungan itu, jurucakap kontraktor menegaskan bahawa bekalan bitumen telah kembali seperti biasa untuk kegunaan projek berkenaan.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.