185 pegawai, anggota polis Sarawak terima PJN

Gambar kredit Facebook PDRM/Polis Sarawak

MIRI—Seramai 185 orang pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak dianugerahkan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) dalam siri kedua majlis penganugerahan di sini hari ini.


Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain yang menyempurnakan majlis penganugerahan berkata ia menjadikan seramai 832 orang telah menerima pingat berkenaan, manakala baki 87 orang masih belum menerimanya.


Gambar kredit Facebook PDRM/Polis Sarawak


Siri pertama istiadat penganugerahan pingat itu diadakan 19 April lepas yang hanya melibatkan pegawai dan anggota yang masih berkhidmat, dengan pingat disampaikan oleh Pengarah Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Hazani Ghazali di Pulapol Kuching.


Siri kedua kali ini turut melibatkan pesara dan bekas polis era darurat termasuk mereka yang berkhidmat bersama Special Constable, Home Guard, Auxiliary Police, Extra Police Constable, Border Scout, Jungle Squad, Police Field Force Reservist dan Sarawak Constable.


Pingat berkenaan dianugerahkan kepada petugas-petugas PDRM bagi menghargai jasa mereka kepada negara semasa era darurat dalam perkhidmatan Persekutuan Tanah Melayu bagi tempoh 12 Julai 1948 hingga 21 Julai 1960 dan era insurgensi komunis di Sarawak di antara 1962 hingga 17 Okt 1990.


-- BERNAMA

Next Post Previous Post