-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Hilang ketika cari kayu di hutan, warga emas ditemukan selamat

| Julai 01, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-01T01:01:42Z
Mangsa, Hazmi Sahari berjaya ditemui orang awam dikebunnya sendiri malam tadi.

ASAJAYA—Seorang warga emas lelaki yang diaporkan hilang ketika mencari kayu di Kampung Rebak, di sini ditemukan dalam keadaan selamat malam tadi.


Mangsa Hazmi Sahari, 65, keluar mencari kayu pada sebelah pagi tidak balik ke rumah hingga malam.


Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 10.17 malam tadi.


"Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama sembilan anggota diketuai PBK II Berjaya Udin digerakkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bagaimanapun, katanya, mangsa telah berjaya ditemui orang awam dikebunnya sendiri pada jam 10.30 malam.

×
Berita Terbaru Update