Sorok 31 gram syabu dalam balang plastik coklat

Syabu yang dirampas semasa serbuan di rumah suspek di Kampung Telaga Air, semalam. Gambar kredit PDRM

KUCHING—Taktik seorang lelaki menyorok 31 gram dadah syabu bernilai RM 31,000 dalam balang plastik coklat gagal menggaburi pihak polis selepas ditangkap dikediamannya di Kampung Telaga Air, di sini, pagi semalam.


Sepasukan anggota polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan telah membuat serbuan terhadap suspek berusia 29 tahun yang bekerja sendiri pada jam 10 pagi.



Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, ketika ditanya pihak polis sama ada  menyimpan atau tidak apa-apa barang salah suspek hanya berdiam diri.


Menurutnya, pemeriksaan terhadap suspek serta pemeriksaan lanjut di dalam bilik tidur dan keseluruhan di dalam rumah tidak menjumpai apa-apa barang yang salah


"Pemeriksaan lanjut di tepi rumah  disaksikan sendiri oleh suspek telah menjumpai satu balang plastik bulat di dalamnya terdapat satu plastik warna putih berbintik ungu terdapat empat peket plastik lutsinar sederhana besar yang setiap satunya mengandungi 16 peket plastik kecil lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu anggaran berat 31 grqm di dalam kotak warna coklat ," katanya dalam kenyataan hari ini.


Katanya, suspek  dibawa ke Pejabat BSJND Padawan untuk tindakan selanjutnya.


"Ujian saringan air kencing yang dilakukan pihak polis mendapati suspek  negatif Dan Dan tidak mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.


"Suspek mengaku dadah yang dirampas miliknya Dan mendapatkan bekalan dadah secara bank in daripada seorang lelaki tempatan," ujarnya 


Beliau berkata,usaha mendapatkan maklumat lanjut dari suspek serta mengesan punca bekalan dadah akan diusahakan. 


"Suspek akan ditahan reman mulai hari ini, kes disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," tegasnya.

Next Post Previous Post