-->

Notification

×

Iklan

Iklan

Enam pelajar perempuan ditahan bantu siasatan kes pukul

| Julai 09, 2022 WIB | 0 Views Last Updated 2022-07-09T06:01:39Z

KOTA KINABALU— Polis menahan enam pelajar perempuan bagi membantu siasatan kes seorang pelajar perempuan dipukul oleh beberapa pelajar lain yang tular menerusi satu rakaman video sejak Khamis lepas.


Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata kejadian tersebut dipercayai membabitkan pelajar sebuah sekolah menengah di Inanam di sini dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.


Beliau berkata pihaknya menerima laporan daripada bapa mangsa malam tadi sebelum siasatan lanjut diteruskan hingga menjurus kepada penahanan keenam-enam pelajar berusia lingkungan 13 hingga 16 tahun itu.


“Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun yang merupakan bekas pelajar sekolah terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohd Zaidi berkata polis memandang berat kes seumpama itu dan tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk perbuatan membuli atau kekerasan melibatkan pelajar sekolah.


Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang rakaman video yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sebelum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa.


-- BERNAMA

×
Berita Terbaru Update