Elon Musk batalkan perjanjian beli Twitter
![]() |
Gambar hiasan kredit Alexander Shatov via unsplash |
SAN FRANCISCO— Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk pada Jumaat membatalkan perjanjian US$44 bilion untuk membeli Twitter, menyalahkan syarikat itu kerana menyekat maklumat mengenai jumlah akaun palsu dan spam, lapor Xinhua.
Peguam Musk mendakwa Twitter gagal mematuhi kewajipannya dalam perjanjian penggabungan dan "melanggar pelbagai peruntukan" perjanjian yang ditandatangani pada April.
Pengerusi Lembaga Twitter Bret Taylor berkata syarikat itu komited untuk menutup perjanjian pada harga dan syarat yang dipersetujui dengan Musk, dan merancang meneruskan tindakan undang-undang untuk menguatkuasakan perjanjian penggabungan.
"Kami yakin kami akan menang di Mahkamah Chancery Delaware," ciap Taylor, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Salesforce.
Pada April, Elon Musk mengumumkan pengambilalihan Twitter bernilai US$44 bilion.
Kemudian pada Mei, Musk berkata perjanjian itu ditangguhkan buat sementara waktu kerana beliau meminta butiran mengenai jumlah akaun spam dan palsu platform sosial itu.
-- BERNAMA
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.