Pejalan kaki maut dilanggar kereta
KOTA SAMARAHAN--Pejalan kaki warga emas lelaki maut selepas dilanggar kereta di Kilometer 16, Jalan Datuk Mohd Musa, berhampiran simpang Taman Ceria, di sini, malam tadi.
Dalam kejadian jam 8.30 malam itu, mangsa yang maut dikenali Lim Huat Heng,65.
Ketua Polis Daerah Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kes itu.
Menurutnya, kemalangan berlaku ketika kereta berkenaan dari arah Kota Samarahan menuju ke Taman Suria arah Batu 7, Kota Sentosa.
"Kereta itu telah melanggar pejalan kaki yang berada di tepi jalan.
"Akibat kemalangan itu pejalan kaki meninggal dunia di tempat kejadian dan disahkan oleh pihak ambulans yang tiba," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.