Dua sekeluarga cedera, kereta terbabas langgar pokok palma


SIBU— Dua sekeluarga cedera apabila kereta dinaiki terbabas sebelum melanggar pokok palma berhampiran klinik swasta di Jalan Oya, di sini petang tadi.


Nahas kira-kira 1.30 petang berlaku apabila kereta dipandu seorang wanita dari Mukah dipercayai cuba mengelak daripada melanggar kenderaan pacuan empat roda sebelum kenderaan itu hilang kawalan lalu merempuh pokok palma di tepi jalan.


Borneo Network difahamkan, kedua-dua mangsa yang cedera ialah wanita itu dan salah seorang daripada dua anak perempuannya yang ketika itu duduk kerusi penumpang belakang.


“Wanita tersebut cedera dan mengalami pendarahan di bahagian muka telah dihantar ke hospital oleh orang awam. 


Salah seorang anak mangsa yang berusia 16 tahun cedera di bahagian lutut kiri dan mengalami pendarahan dihantar menggunakan ambulans hospital.


Manakala kakaknya tidak mengalami sebarang kecederaan namun dalam keadaan ketakutan, katanya.

Next Post Previous Post