Dua beranak cedera kemalangan di Sarikei

Anggota APM memberikan bantuan awal kepada  kedua-dua mangsa yang cedera kemalangan di Jalan Sentral, dekat sini petang tadi. Gambar kredit APM

SARIKEI— Dua beranak cedera selepas kereta yang dinaiki terlibat kemalangan kendiri di Jalan Sentral, Sarikei dekat sini petang tadi.


Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sarikei Lt. (PA) Shahrol Azizi Zaidi berkata, pihak menerima panggilan kecemasan daripada orang awam mengenai kes kemalangan itu kira-kira 4.22 petang.


Skuad Delta diketuai (PA) Nurzamani Senani dibantu empat anggota kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan.


“Setibanya di lokasi, seorang wanita berusia 40 tahun mengalami luka terbuka di bahagian dahi. 


Manakala mangsa kedua seorang lelaki warga emas berusia 80 tahun mengalami sakit di bahagian leher,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada pihak hospital untuk rawatan selanjutnya.

Next Post Previous Post