Bistro beroperasi tanpa lesen diserbu

Bistro beroperasi tanpa lesen, IPD, Sarawak Update, Bistro tanpa lesen diserbu

Gambar IPD Kota Samarahan

KOTA SAMARAHAN—Padah beroperasi tanpa lesen hiburan yang sah, seorang pemilik bistro termasuk tiga pekerja ditahan polis hari ini.


Ketua Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, kesemua mereka ditahan oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kota Samarahan.


Pasukan tersebut katanya, telah menyerbu sebuah bistro terletak di lebuh raya Kuching-Samarahan pada jam 2 pagi.


"Ketika serbuan, didapati bistro berkenaan masih memainkan muzik dengan kuat dan terdapat beberapa orang pelanggan sedang berhibur di dalam premis tersebut.


"Pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan sah daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjalankan aktiviti hiburan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut kata Sudirman, pasukan polis  merampas peralatan muzik dan audio yang terdapat di dalam premis berkenaan.


Katanya lagi, tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis IPD Kota Samarahan untuk tindakan lanjut. 


"Satu kertas siasatan telah di buka di bawah Seksyen 5 (1) Ordinan Hiburan 2000 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM20,000.00 atau kedua-duanya," ujarnya. 

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.