Berpura-pura jadi pelanggan sebelum larikan barang kemas

Berpura-pura jadi pelanggan, larikan barang kemas, Lelaki curi barang, Berita Malaya
Rakaman CCTV menunjukkan suspek melarikan barang kemas bernilai RM35,000 dari sebuah kedai emas. Gambar kredit PDRM

IPOH— Polis menahan seorang lelaki tidak sampai 24 jam selepas dia disyaki melarikan barang kemas bermilai RM35,000 dari sebuah kedai emas di Teluk Intan dua hari lepas.


Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata lelaki berusia 45 tahun itu ditahan di kawasan perumahan di Jalan Lapangan Siber, Bandar Cyber di Ipoh pada pukul 5 petang semalam.


Beliau berkata dalam kejadian pukul 4.30 petang Khamis lepas, suspek dikatakan memeriksa beberapa utas rantai tangan kononnya untuk dibeli, namun sebaliknya suspek terus melarikan barang kemas itu dengan menaiki sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 50 meter dari kedai berkenaan.


Katanya polis turut merampas barang kemas iaitu dua utas rantai tangan dan seutas rantai leher yang dianggarkan bernilai RM35,000 daripada suspek yang didapati positi dadah jenis Methamphetamine itu.


Ahmad Adnan berkata suspek yang memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah direman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan.


-- BERNAMA

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.