4WD dan lori treler bertembung, dua cedera

4WD, Lori treler bertembung, dua cedera, Sarawak Update
Gambar BBP Betong

BETONG—Dua lelaki cedera selepas pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux dan lori treler sawit bertembung dalam kemalangan  di Jalan Layar Betong-Sarikei pada tengah hari tadi.


Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong dalam kenyataannya berkata, sepasukan anggota bomba dari BBP Betong dikerahkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan kerja-kerja menyelamat mangsa sejurus menerima makluman berhubung kejadian pada jam 12.34 tengah hari.



"Sejurus sampai di lokasi kejadian, pasukan bomba mendapati sememangnya terdapat kemalangan yang melibatkan sebuah 4WD dan lori treler," ujar beliau.


Adalah difahamkan bahawa pemandu 4WD berkenaan mengalami patah tulang selangka manakala pemandu lori treler hanya mengalami kecederaan ringan.



Kedua-dua mangsa katanya sudah berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Betong bagi diberikan rawatan lanjut.


Pasukan Bomba yang lengkap berpakaian PPE sejurus itu katanya bertindak memotong terminal bateri Toyota Hilux tersebut dan setelah selesai operasi dan keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba bertolak semula balik ke balai.

LihatTutupKomentar
Cancel

PERHATIAN: Pihak BorneoNework tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BorneoNework juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.